Jangan sesekali tertipu dengan kecantikan gambar di bawah.Luaran tampak cantik dan indah,namun cuma segelintir sahaja yang tahu kisah di sebalik pulau ini.Poveglia,itulah namanya.Terletak di antara Venice dan Lido di Venice Lagoon,utara Itali.Misterinya menjadi bualan bukan sahaja di kalangan masyarakat setempat bahkan masyarakat di seluruh dunia.Untuk pengetahuan semua,pulau ini merupakan tempat buangan bagi mereka yang bermasalah mental dan fizikal dan dikhabarkan,ramai dari kalangan buangan-buangan ini yang telah menemui ajal di sana.
Pulau Buangan
Pernah suatu ketika dahulu,pada tahun 1348,tatkala wabak taun menyerang Venice,Poveglia yang pada asalnya ‘suci’ telah dijadikan zon kuarantin bagi pesakit-pesakit yang telah dijangkiti wabak tersebut.Mereka dibiarkan di situ tanpa sebarang usaha rawatan dan pemulihan.Apa yang lebih sadis adalah pesakit-pesakit ini telah dibakar di tengah-tengah pulau Poveglia bagi mengekang penyebaran wabak taun di Venice.
Hospital Pesakit Mental
Kisah Pulau Poveglia tidak berakhir di situ. Pada abad ke-20,pulau ini sekali lagi menjadi stesen tahanan kuarantin sehingga tahun 1922 apabila sebuah hospital sakit mental telah dibina.Hospital itu beroperasi sehingga tahun 1968 sebelum dikosongkan atas alasan kerajaan mahu mengurangkan kos perbelanjaan negara.Bagi kami,tiada apa yang menyeramkan berkenaan hospital mental ini sehinggalah mendapat tahu bahawa seorang doktor di sana telah disembelih dan diseksa dengan kejam oleh pesakit mental di sana.
Pulau Poveglia Gagal Dibangunkan
Kini,keindahan Pulau Poveglia hanya boleh ditatap menerusi gambar sahaja.Pihak berkuasa telah menutup pulau ini kepada orang ramai.Kerajaan cuba untuk membangunkan kembali pulau ini namun segala usaha terhenti di tengah jalan seolah-olah ‘ia’ merajuk kerana terlalu lama ditinggalkan dan ingin terus mengekalkan trademark misterinya.
No comments:
Post a Comment
Baca je ..komen lah sikit