Tuesday, 20 October 2015

Cerpen: Tingkat Empat [Mesti merungkaikan misteri -Aqilah]

         
                                                             1
        " ok! masa berakhir pada pukul 2.00 petang, masa tinggal lagi 2 minit" kata pengawas peperiksaan itu. Aku segera menulis karangan yang kian siap. Aku meneliti tiap inci karangan dan ejaan supaya ia sempurna.


             Aku keluar dari bilik peperiksaan dan segera masuk ke dalam kelas yang menempatkan beg aku. Tiba-tiba, Puan Zahara meminta aku ke pejabat, katanya ada hal sedikit. Belum sempat aku mahu menanyakan menyapa, tetapi Puan Zahara sudah hilang.
           
            Kakiku pantas naik ke anak tangga tingkat empat iaitu tingkat yang paling tinggi dan.....sunyi.Semasa aku mula sekolah di Taman Jaya ,aku agak pelik..mana tak peliknya pejabat di tingkat empat.Tingkat empat yang hanya ada pejabat dan bilik muzik....yang usang dan tak pernah digunakan.Pejabat pun hanya ada seorang kerani yang guru guru pun tak pernah jumpa,hanya para pentadbir sahaja yang pernah jumpa kerani itu.
              
             Alangkah terkejutnya aku apabila pejabat tutup.Ini pertama kalinya aku ke pejabat setelah hampir 2 tahun belajar di situ.Pintu pejabat itu agak ketinggalan zaman reka bentuknya,seperti rekabentuk 60an.Aku pun tak pasti tentang sejarah sekolah ini..mungkin sekolah ini ditubuhkan ketika ibu dan ayah masih kecil rasanya..
   
              Aku menuruni tangga dengan hampa .Tiba tiba aku ternampak Puan Zahara keluar dari tandas awam di tingkat 2.Aku menegurnya,tapi dia buat endah tak endah sahaja.Tanpa membuang masa aku terus bertanya kepadanya"Puan ,tadi puan ada cakap apa apa tak dengan saya?'' ''Ehh!! Apa yang awak merepek ni ....saya tak hinggin nak bercakap dengan awak..ewwww"hina Puan Zahara kepada aku.Dasar orang tua berlagak! Nasib baik dia tu guru aku kalau tak dah lama aku hadiahkan dia penumbuk sulung aku yang dah'berkarat'ni.




             
         


No comments:

Post a Comment

Baca je ..komen lah sikit