Tuesday, 15 December 2015

Tempat Menarik:Tak tahu nak pergi kemana cuti panjang.( save bajet)

Asslammualaikum,
Salam cuti sekolah..kah kah kah mesti ramai tak tau nak cuti mana..Bajet ?mmmm mesti ramai yang fikir 6 -7 kali sebab bajet ok ..ini Petrosains ,KLCC.Bagi yang pernah belum pergi..cuba usha gambar ni dulu..



.Petrosains KLCC
Petrosains terletak di Tingkat 4, Suria KLCC, Kuala Lumpur.
















Apa ada di Petrosains?

o Kereta Lumba F1 Sauber Petronas ada dipamerkan di Lobi Petrosains
o Perjalanan masuk menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak
o Pameran pelbagai peralatan berteknologi tinggi, disulam dengan budaya Malaysia yang unik
o Eksplorasi pelbagai proses dan teknik mencari petroleum
o Dunia inventor dan seni interaktif bagi si cilik kreatif dan bijaksana
o Kembali 200 juta tahun ke zaman purba, penuh dengan dinasour, alam hijau semesta
o Selamat datang ke Dunia sukan Formula 1
o Dunia Nano Molekul yang penuh keseronokan!
o Mahu naik ke pelantar minyak? Ada di sini!
o Pengembaraan ke angkasa lepas yang penuh misteri
o Teater Ungku Umar, teater mini bagi menonton filem 3D
o Pelbagai aktiviti menyeronokkan yang bertemakan sains
o Perjalanan keluar menaiki ‘kenderaan’ berbentuk titisan minyak

Pengunjung digalakkan membuat tempahan terlebih dahulu. Hubungi +603 2331 8181. Sistem tiket masuk adalah berdasarkan interval 30 minit. Sebagai contoh, kamu menempah tiket jam 11pagi sehingga 11.30pagi. Kamu perlu masuk ke Petrosains dalam tempoh itu. Apabila jam 11.31pagi, tempahan itu dibuka kepada pengunjung lain.

Bayaran Masuk:
Dewasa - RM12.00
Belia (13 - 17 Tahun) - RM7.00
Kanak-kanak (5 - 12 Tahun) - RM4.00
Kanak-kanak (bawah 5 tahun) – percuma
Warga Senior (Lebih 55 Tahun) - RM6.00

(Kadar istimewa ditawarkan kepada rombongan sekolah dan pengunjung kumpulan besar)

Waktu Operasi:
Sabtu, Ahad, Cuti Umum (kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji):
9.30 pagi - 6.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 5 petang)
Selasa, Rabu, dan Khamis:
9.30 pagi - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Jumaat: 1.30 petang - 5.30 petang (Kemasukan akhir pada jam 4 petang)
Isnin: TUTUP




No comments:

Post a Comment

Baca je ..komen lah sikit